Untuk jawab soalan kau,
aku tampil berikan pendapat.
perasaan,
semua jenis perasaan sukar ditafsir.
kadang kadang kau sendiri tidak memahami dengan kitaran hormon,
mulut kau kuat mengatakan move on,
malah dengan gahnya,
tapi, jauh di sudut hati,
hati kau kata tidak.
rumusan bagi aku,
move on atau tidak,
biar apa orang kata,
itu hati aku,
biar aku yang menjeruk rasa.
Think.
Muhasabah.
Nak jadi baik memang tak adalah susah mana,
buat apa asalkan niat untuk membantu,
dan tak canang sana sini,
cukuplah.
orang akan mengata,
takbur, ujub, berlagak, show off,
abaikan.
tutup telinga, butakan mata.
kita baik untuk diri sendiri dulu,
biar kau sendiri yang tahu kebaikan yang kau buat.
Nak jadi baik memang tak adalah susah mana,
buat apa asalkan niat untuk membantu,
dan tak canang sana sini,
cukuplah.
orang akan mengata,
takbur, ujub, berlagak, show off,
abaikan.
tutup telinga, butakan mata.
kita baik untuk diri sendiri dulu,
biar kau sendiri yang tahu kebaikan yang kau buat.
Hadapkan.
Hati hati bila bercakap,
pastikan,
yang mana benar,
yang mana palsu,
sertakan bukti,
hadapkan saksi.
jika benar,
ambil iktibar.
jika salah,
ia sudah mencalarkan reputasi seseorang.
first impression orang,
kau apa tahu,
misalnya,
orang tak kenal kau,
tapi dari cerita seorang lagi, dia tahu perangai kau yang buruk,
padahal,
cerita itu sama sekali salah.
salah 100%.
mulut manusia sentiasa tak boleh ditutup,
cerita pasti ada ditokok tambahkan,
menambah segala pepper dalam setiap cerita.
ingat,
first impression orang melambangkan segalanya,
sebab itulah aku menyatakan bahawa
berhati hati bila bercakap
lapik setiap kata kata
sertakan bukti
wujudkan saksi.
Subscribe to:
Comments (Atom)